Sunday 29 December 2013

Memoir Abadi Minggu ke 2.

Okey sekarang nak cerita tentang minggu kedua pulak. Kali ni aku ke Bandar Shah Alam ataupun dikenali sebagai Bandar Anggerik. Wah eksited pun ada bila nak datang sini. Mana idoknya. Beribu malahan jutaan kenangan terpahat dekat sini kot.

So kali ni aku dekat Shah Alam selama 3 hari 2 malam je tapi serious jadual memang pack habis. Sebab kali ni memang aku dh buat rancangan serapi yang mungkin. Sebab aku gusar nanti emas yang ada pergi begitu sahaja. Emas? Masa kan Emas.

Oklah I reached Shah Alam tepat tepat jam 1 petang. Sampai je Shah Alam terus aku ke Teratak 308 yang menggamit beribu kenangan sebelum pergi lunch date dengan Abg Long. Ketibaan aku disambut oleh Furqaan yang the only one masih menetap dekat Teratak 308 tu. So sementara tunggu Along ambil pergi lunch, aku memang dh bawak lauk special dari Ipoh utk Aan sebab at first kami plan nak makan lunch sama sama. Aku jamah sikit temankan dia.

Lepas tu Along pun sampai, kami p kena Nasi Ayam Lemon Pak Li dekat Sek 7. Kalau nak tahu Pak Li ni tempat fav aku zaman belajar dlu. So kami lepak sembang sembang lama lama jugak lepas tu apa lagi tak plan apa apa kami pergi urut kerongkonglah dekat Ole Ole.. Dalam satu jam setengah jugak lah. Sumpah puas dan lega... Dah lama plan tapi tak sangka Sabtu lepas hari kejadian.. Betullah kata orang kadang kadang jgn dok plan sangat. 

Lepas dh habis semua, tibalah malam yang dinanti nantikan Konsert Destini oleh Yayasan Destini Anak Bangsa yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, DATC UiTM Shah Alam.



First time, aku rasa teruja pergi Konsert. Sebab tak sangka UiTM mampu buat sebegitu grand. Bangga aku kejap jd produk UiTM. Dan yang penting baru baru ni aku dapat tahu Konsert ini berjaya mengutip lebih kurang 2 juta dan syukur kerana peluang buat anak anak bangsa menuntut ilmu masih luas dan cerah.



Oklah, cerita pasal konsert ni, mana aku tak happy! Aku pergi dengan semua sahabat sahabat kesayangan kot. Lagi satu ranking depa dalam hati ni memang dh dalam top list dah.. Tak de siapa boleh delete der....Ada Aan, Hisham, Zaihan, Zaki, Azly, dan Chong memang cukup buat aku happy selain menatap Rossa dan Dato Siti Nurhaliza. Dan yang paling best Kak Long Ifa pun join sekali!! Walaupun tak duduk sama, dapat jumpa in that short time pun dh rasa seronok. Hilang habis rindu rindu 14 minggu lalu.. Dan si kecil lagi comel, Marsya dh nak masuk darjah dua buka sekolah nanti. Bila dia kata " mana abang abang lain?".... I know she is missing the Senators.... 

With my lovely Kak Long Ifa and cute little Marsya.

With the old awesome buddies.

With the next Nik Amir  @ Azly.
Bila habis je Konsert Destini, perut pulak ambil giliran nak buat konsert. Tapi sebab dah lambat dan banyak kedai penuh dengan warga Konsert, kami decide makan dekat McD baru dekat seksyen 7 je. Tapi masa ni Zaki terpaksa balik awal sebab parents dia dh tunggu.


Selfie.
Kemudian hari Ahad pun menjelma. Yang sempat join Ahad ritu ada Hisham, Aan, Shafek dan Chong. Dalam tengahari tu kami dh bersiap siap keluar awal sebab ada agenda besar kali ni. Selepas kejadian bulan Ramadhan lepas, Ahad lepas baru ada peluang untuk lakukan aktiviti ni semula. Lama jugak lah aku dengan Aan pendam benda ni. Tapi at first kami pergi isi perut dulu. Nak makan IKEA meatballs...!! Tapi ramai sesangat orang masa tu, dan Aan bawak kami makan dekat Warong Leko. Sedappp jugak... Impress sikit bila makan daging ehm (tak-ingat-nama) sebab lembut isinya dan ikan goreng yang melengkor. Overall makan dekat situ best dan sedap. Patutla... muka dia dh ada kena gantung kat sna.

Makan + Selfie.
Lepas makan separa kenyang, kami teruskan dengan aktiviti idaman yang dh di plan agak lama juga. Yup aktiviti ini tak boleh dilakukan bila perut diisi dengan penuh. Nanti cepat sampai klimaks. 

Throat reflexology kali ni memang amat memuaskan. Tak tahu nak describe macam mana tapi rasa lega, tenang, wow, awesome memang berjaya dicapai.Habis aktiviti ini sampailah acara kemuncak kedua. Menonton Bahayanya Wanita di Istana Budaya. Salah satu memoir yang pasti berada di ingatan selamanya. Sebab aku pergi tonton dengan member sealiran nadi kategori sehabat selamanya. Kali ni Tun Ikhwan dan Syimir join sekali. Memang awesome lah! Sederet kami kami je.

The night with awesome people.

Syimir kenapa balik cepat :(
Dan masa seolah olah mencemburui ya amat. Hari Isnin dengan bangga pun tiba. Memberitahu, kriinggggggg masa dh habis Eemir.... Dan sementara tunggu Hisham settlekan urusan di fakulti, dapat sms dr Along ajak brunch sama sama.. Sempatlah dua kali keluar dengan Along kali ni bila dekat Shah Alam... Rezeki nak jumpa... Dan bila selesai semuanya, ingatkan perpisahan pagi tadi berhenti di situ, rupanya Allah masih aturkan ruang untuk bertemu kembali. Sempat lah berjumpa semula dan coconut shake terbaik Shah Alam menjadi penutup tirai perjumpaan kali ini.

***********************************************************************************************************
Kepada sahabat yang bersama sama aku di minggu kedua ini, Hisham, Zaki, Zaihan, Chong, Azly aku ucapkan terima kasih atas kesudian meluangkan masa dalam usaha mencipta kenangan indah bersama sama. Pastinya semua perkara indah yang dialui diletakkan tersergam indah di celah celah sel otak. Selagi tiada hentakan yang menjadikan hilang ingatan, akan aku biarkan ianya kekal disitu selama lamanya.



Kepada Furqaan, walaupun berkeadaan kelam kabut di hujung semester terima kasih bebanyak atas masa emas anda, fasiliti and all those shared stories memang awesome habis. Cakap banyak sampai tak ingat orang sekeliling.  Dapat melaksanakan aktiviti idaman yang dirancang sekian lama memang puas sangat dan berjaya sedut coconut shake memang rasa hilang mengidam termasuk kejayaan melambatkan perpisahan kali ini. Hang memang hebat bab memujuk....Suruh tidur dulu lah...penat lah.... Macam tak bagi orang balik je... Thanks for the awesome moments buddy!



Ringkasnya 2 minggu berturut turut aku ke sana memang ubat terbaik yang aku dapat untuk hilangkan rasa rindu pada mereka. Some people might say ewwww rindu pada lelaki. I dont see any problems there since you are not me and you dont even walk into my journey... They (the people on week 1 and week 2) are the ones yang memang tinggi nilai siblingship dalam diri aku. No one could replace all of them!

Will miss all of you. Take care and may 2014 will be more happening and a great year ahead!



No comments: