Saturday 28 December 2013

CHE NUFAR SA TAMATKAN STATUS BUJANG !


Hello everyone...

Rasa kejang dan excited pulak tangan ni sebab lama dh tak menaip...
Oklah dh lama rasanya tak update blog ni.... Salah satu faktornya adalah MASA... dh merasa intern barulah tahu Masa Itu Emas... Setiap minit rasa nak rehat, tidur dan enjoy... Bukan sebab banyaknya masa...Tapi banyak sangat tak cukup masa untuk 3 perkara diatas tadi...

Btw melangkah sahaja bulan keramat Disember ini, masa ibarat tidak keruan...Banyak sangat nak cerita ni....almaklumlah nak tutup buku 2013!

Lantas terus kita ke cerita hot hujung tahun ni!

CHE NUFAR SA TAMATKAN STATUS BUJANG !

Sweet Dec Couple

Tak mahu kalah dek ZSRCW, Che NuFar Sa dan suami bertekad mengambil alih 15 Dec 2013 sebagai tarikh keramat dalam hidup. Bertemakan merah jambu ala ala pinky bride and groom berjaya menambat ribuan rakan taulan termasuk sanak saudara yang hadir. Contoh, ada sahabat tu datang jauh nun dari Ipoh dan Penang sebab nak tengok pengantin pinky yang sweeet bak kata Candy Crush.

Pertama kali melangkah masuk dewan resepsi, perasaan masa tu serious eksited dapat telur. Eh bukan pengantin perempuan yang eksited, tapi tetamu yang hadir tau. Eksited sebab you know now a days susah pergi resepsi dapat bunga telur. Selalu nye tobelerone, choki choki, cloud 9. Tapi kali ni memang mengekalkan tradisi adat melayu. Memang sesuai la dengan Nu FarSa ni yang boleh dikategorikan Perempuan Melayu Terakhir gittew.

Bunga Telur 

Sebelum tu siapa NuFar Sa ni?
Nama dalam kad pengenalan Malaysia ialah Nur Farhana Saad.... Kalau Negara lain I am not sure lah... Nama manja orang panggil Ana atau nak manja Ella lagi, org panggil Bro Ana #eh.

Ana ni aku kenal masa dalam SMF, ala nak buat biografi la pulak. Overall aku boleh cakap Ana ni salah seorang dalam top list Sahabat aku... Serious cakap sampai tahap kalau dia kahwin tak jemput pun aku akan datang...

Jadi habis je Intern 14 Dis, bergegas aku siapkan laporan sebab 15 Dis nak hantar dan 15 Dis tu pulak dia kahwin. Tak tidur aku malam tu siapkan laporan. Sebabnya kalau tak siap, habislah habislah habislah... tapi alhamdulillah Zulhilmi temankan aku malam tu. Dan esoknya 15 Dis awal awal pagi kami bangun siap siap nak ke Hulu Langat.

Kami sampai dalam tengahari dan terus isi perut. Masa tu ahli ahli Senator yang lain dh sampai... Syahira, Azly, Syimir dan Hilmi sampai awal lagi. And cuba teka siapa pengapit? The young Shah Alam lady... Miss Nur Aliyah Misri.. Both look gojes sangat...

Dan memang tidak dinafikan, majlis ini dikategorikan juga sebagai medium berjumpa semula dan pengubat rindu. Boleh dikatakan hampir 3 bulan tak jumpa mereka mereka tersayang ni dan alhamdulillah resepsi ini membuka peluang untuk kami berjumpa semula. Bukan sahaja kami, malah perjumpaan ini turut membuka ruang untuk ketemu junior junior, senior senior dan orang kuat SMF iaitu Puan Masrina dan Puan Salmah.

Yang penting di akhir cerita resepsi ini semua gembira dapat berjumpa semula bersama sama setelah sekian lama. Dan malaslah nak cerita benda benda sumbang yang berlaku sebab anggap mereka anak kecil yang bermain api. Kalau kita react jadi petrol lagi panas panas..

Dua sudah...Dua belum...


Jadi kepada adinda sahabat baik karib selama lamanya, Puan Nur Farhana Saad.

Eemir seronok dan tumpang gembira di atas kejayaan Ana dan Syafiq membina Masjid Idaman. Masa nak cedok nasi tengok hang dekat atas, ada habuk masuk mata tapi aku tahan weh. Mungkin hang banyak sangat sentimental dengan aku sampai nak bagitahu aku seronok tu nak keluar dlm bentuk air mata. Anyway Eemir doakan agar cinta dan gerbang perkahwinan ini hingga ke Jannah dan semoga ianya kekal selama lamanya...

Pengantin gojes Ana dan Syafiq.
Meja dan kerusi menjadi saksi kami berceloteh.

Riang kami buat pengantin baru. (Kilat+Hujan)


Demikian cerita menghadiri hari bahagia sahabat. Habis cerita Che NuFar Sa kahwin cerita yang bujang bujang pula akan menyusul.

Stay tuned.

No comments: