Saturday 24 August 2013

Tersergam Indah Masjid Idaman Nur'Aini Azhar.

Hatta seminggu berhari raya, barulah berkesempatan berjalan jauh sikit. Kali ini ke Utara Semenanjung Malaysia. Hajat utama ke sana adalah bagi menghadiri dan bersama sama melontarkan kegembiraan buat SAHABAT terdekat lagi tersayang di hari berbahagia dia bersama suami. Menjadi yang pertama bergelar isteri dalam kelompok kami membuatkan ramai tercabar sebenarnya. Tidak mengapalah, cabaran itu bagus. Jangan lupa berlumba secara sihat ok.

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi, Nur'Aini Azhar berjaya diijab kabulkan pada hari Rabu bersamaan 14 Ogos 2013. Dengan ini beliau sah bergelar seorang isteri kepada saudara Ahmad Fikri.

Sebagai sahabat, kami hadir bagi memeriahkan lagi suasana. Dah lama sebenarnya aku tak merasa kenduri kendara di negeri Jelapang Padi ni. Masa kenduri Aini, dihidangkan pula gulai lemak rebung. Ini kali pertama aku cuba makan rebung. Aku cakap dalam diri 'aku kena cuba jugak rebung ni'! MasyaAllah sedapnya tak terkata. Bukan rebung je, gulai ayam, daging dan ikan masin dia memang terangkat! Rugi siapa tak mai. Dan kali pertama aku pergi kenduri kahwin dihidangkan air hijau. Ada 2 warna, Merah dan Hijau. Jangan risau nak ambil air tak perlu pakai dakwat kekal pada kuku. Sebab 'eksited' punya pasai aku ambil air hijau.


Juadah kenduri.
Air hijau.
Setelah kami selesai adegan mengisi perut, dan pengantin pun selesai adegan makan bersuap suap kami teruskan dengan adegan bergambar seperti biasa.


Bersama adek kesayangan.

Antara sahabat SENATOR yang hadir.

Antara kumpulan We For You yang hadir.

Buat adek Aini, semoga menjadi isteri yang solehah, baik dan penyayang. Semoga kekal ke anak cucu cicit etc. Dan semoga persahabatan yang kita bina ini akan terus berkekalan selamanya. Happy to see you on that day sister. InsyaAllah ada masa, ruang dan peluang kita jumpa lagi ok. 

Selamat Pengantin Baru buat Adek Aini dan suami.

Lagu ini khas ditujukan buat Aini dan semua sempena hari berbahagia beliau.
(My fav song)



 Kompang Dipalu 
Izam Eye & Waheeda

Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari

Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru


Sekian. :D

No comments: