Sunday, 29 December 2013

Memoir Abadi Minggu ke 2.

Okey sekarang nak cerita tentang minggu kedua pulak. Kali ni aku ke Bandar Shah Alam ataupun dikenali sebagai Bandar Anggerik. Wah eksited pun ada bila nak datang sini. Mana idoknya. Beribu malahan jutaan kenangan terpahat dekat sini kot.

So kali ni aku dekat Shah Alam selama 3 hari 2 malam je tapi serious jadual memang pack habis. Sebab kali ni memang aku dh buat rancangan serapi yang mungkin. Sebab aku gusar nanti emas yang ada pergi begitu sahaja. Emas? Masa kan Emas.

Oklah I reached Shah Alam tepat tepat jam 1 petang. Sampai je Shah Alam terus aku ke Teratak 308 yang menggamit beribu kenangan sebelum pergi lunch date dengan Abg Long. Ketibaan aku disambut oleh Furqaan yang the only one masih menetap dekat Teratak 308 tu. So sementara tunggu Along ambil pergi lunch, aku memang dh bawak lauk special dari Ipoh utk Aan sebab at first kami plan nak makan lunch sama sama. Aku jamah sikit temankan dia.

Lepas tu Along pun sampai, kami p kena Nasi Ayam Lemon Pak Li dekat Sek 7. Kalau nak tahu Pak Li ni tempat fav aku zaman belajar dlu. So kami lepak sembang sembang lama lama jugak lepas tu apa lagi tak plan apa apa kami pergi urut kerongkonglah dekat Ole Ole.. Dalam satu jam setengah jugak lah. Sumpah puas dan lega... Dah lama plan tapi tak sangka Sabtu lepas hari kejadian.. Betullah kata orang kadang kadang jgn dok plan sangat. 

Lepas dh habis semua, tibalah malam yang dinanti nantikan Konsert Destini oleh Yayasan Destini Anak Bangsa yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, DATC UiTM Shah Alam.



First time, aku rasa teruja pergi Konsert. Sebab tak sangka UiTM mampu buat sebegitu grand. Bangga aku kejap jd produk UiTM. Dan yang penting baru baru ni aku dapat tahu Konsert ini berjaya mengutip lebih kurang 2 juta dan syukur kerana peluang buat anak anak bangsa menuntut ilmu masih luas dan cerah.



Oklah, cerita pasal konsert ni, mana aku tak happy! Aku pergi dengan semua sahabat sahabat kesayangan kot. Lagi satu ranking depa dalam hati ni memang dh dalam top list dah.. Tak de siapa boleh delete der....Ada Aan, Hisham, Zaihan, Zaki, Azly, dan Chong memang cukup buat aku happy selain menatap Rossa dan Dato Siti Nurhaliza. Dan yang paling best Kak Long Ifa pun join sekali!! Walaupun tak duduk sama, dapat jumpa in that short time pun dh rasa seronok. Hilang habis rindu rindu 14 minggu lalu.. Dan si kecil lagi comel, Marsya dh nak masuk darjah dua buka sekolah nanti. Bila dia kata " mana abang abang lain?".... I know she is missing the Senators.... 

With my lovely Kak Long Ifa and cute little Marsya.

With the old awesome buddies.

With the next Nik Amir  @ Azly.
Bila habis je Konsert Destini, perut pulak ambil giliran nak buat konsert. Tapi sebab dah lambat dan banyak kedai penuh dengan warga Konsert, kami decide makan dekat McD baru dekat seksyen 7 je. Tapi masa ni Zaki terpaksa balik awal sebab parents dia dh tunggu.


Selfie.
Kemudian hari Ahad pun menjelma. Yang sempat join Ahad ritu ada Hisham, Aan, Shafek dan Chong. Dalam tengahari tu kami dh bersiap siap keluar awal sebab ada agenda besar kali ni. Selepas kejadian bulan Ramadhan lepas, Ahad lepas baru ada peluang untuk lakukan aktiviti ni semula. Lama jugak lah aku dengan Aan pendam benda ni. Tapi at first kami pergi isi perut dulu. Nak makan IKEA meatballs...!! Tapi ramai sesangat orang masa tu, dan Aan bawak kami makan dekat Warong Leko. Sedappp jugak... Impress sikit bila makan daging ehm (tak-ingat-nama) sebab lembut isinya dan ikan goreng yang melengkor. Overall makan dekat situ best dan sedap. Patutla... muka dia dh ada kena gantung kat sna.

Makan + Selfie.
Lepas makan separa kenyang, kami teruskan dengan aktiviti idaman yang dh di plan agak lama juga. Yup aktiviti ini tak boleh dilakukan bila perut diisi dengan penuh. Nanti cepat sampai klimaks. 

Throat reflexology kali ni memang amat memuaskan. Tak tahu nak describe macam mana tapi rasa lega, tenang, wow, awesome memang berjaya dicapai.Habis aktiviti ini sampailah acara kemuncak kedua. Menonton Bahayanya Wanita di Istana Budaya. Salah satu memoir yang pasti berada di ingatan selamanya. Sebab aku pergi tonton dengan member sealiran nadi kategori sehabat selamanya. Kali ni Tun Ikhwan dan Syimir join sekali. Memang awesome lah! Sederet kami kami je.

The night with awesome people.

Syimir kenapa balik cepat :(
Dan masa seolah olah mencemburui ya amat. Hari Isnin dengan bangga pun tiba. Memberitahu, kriinggggggg masa dh habis Eemir.... Dan sementara tunggu Hisham settlekan urusan di fakulti, dapat sms dr Along ajak brunch sama sama.. Sempatlah dua kali keluar dengan Along kali ni bila dekat Shah Alam... Rezeki nak jumpa... Dan bila selesai semuanya, ingatkan perpisahan pagi tadi berhenti di situ, rupanya Allah masih aturkan ruang untuk bertemu kembali. Sempat lah berjumpa semula dan coconut shake terbaik Shah Alam menjadi penutup tirai perjumpaan kali ini.

***********************************************************************************************************
Kepada sahabat yang bersama sama aku di minggu kedua ini, Hisham, Zaki, Zaihan, Chong, Azly aku ucapkan terima kasih atas kesudian meluangkan masa dalam usaha mencipta kenangan indah bersama sama. Pastinya semua perkara indah yang dialui diletakkan tersergam indah di celah celah sel otak. Selagi tiada hentakan yang menjadikan hilang ingatan, akan aku biarkan ianya kekal disitu selama lamanya.



Kepada Furqaan, walaupun berkeadaan kelam kabut di hujung semester terima kasih bebanyak atas masa emas anda, fasiliti and all those shared stories memang awesome habis. Cakap banyak sampai tak ingat orang sekeliling.  Dapat melaksanakan aktiviti idaman yang dirancang sekian lama memang puas sangat dan berjaya sedut coconut shake memang rasa hilang mengidam termasuk kejayaan melambatkan perpisahan kali ini. Hang memang hebat bab memujuk....Suruh tidur dulu lah...penat lah.... Macam tak bagi orang balik je... Thanks for the awesome moments buddy!



Ringkasnya 2 minggu berturut turut aku ke sana memang ubat terbaik yang aku dapat untuk hilangkan rasa rindu pada mereka. Some people might say ewwww rindu pada lelaki. I dont see any problems there since you are not me and you dont even walk into my journey... They (the people on week 1 and week 2) are the ones yang memang tinggi nilai siblingship dalam diri aku. No one could replace all of them!

Will miss all of you. Take care and may 2014 will be more happening and a great year ahead!



Saturday, 28 December 2013

Ubat Hilang Penyakit

Alang alang terlajak ke Hulu Langat, aku manfaatkan masa berharga aku dengan mereka mereka tersayang tadi. Sebenarnya memang tak plan apa apa pun. And it took us berjam jam jugak lah nak plan something untuk bersama pada hari kejadian.

So dua hari aku kat Lembah Klang, rindu aku dekat Majlis Tertinggi Senator dan some of the We For You terubat juga.

Lets start the story!

With them (Senators) we all decide nak lepak lepak je and share stories memasing after a long time tak jumpa. And so not surprise dh cukup waktu hari Sabtu cerita tak habis habis lagi.

So we decided lepak Starbucks Pavillion untuk sambung cerita meja bulat kenduri tadi.




Masa lepak lepak ni kembang terasa hati teringat zaman kegemilangan duduk sama sama cerita suka dan duka, melatah tak kira mengata siapa tanpa hati rasa terluka.

Banyak sangat benda indah berlaku. Masa ni barulah dapat update tentang member member sepanjang 14 minggu yang lepas. Sumpah korang mcm matahari. Bagi sinaran kembali lepas berbulan bulan gelap tanpa cebisan cahaya.

Kemudian masa pun dh mencemburui menunjukkan jam 7 so the only two girls yang tinggal ni perlu berlari pulang. Yelah dari pagi keluar untuk sang Pengantin. Then the boys sambung perjumpaan dekat satu tempat menarik di area Setapak.



Tinggal 2 lagi...Laiya laiya.

Kali ni En Hilmi nak open table. Katanya belanja member selepas dh berkerjaya ni. Alhamdulillah semoga murah rezeki lagi bro. Lepas ni next step pulak. Makan luar best, tapi nasi minyak lg best #eh.


The Woo Mba Restaurant, Setapak,
Memang super duper best la tempat ni. Kata Syimir jangan bagitahu orang lain. Jahat kau Syimir. Katanya sebab nanti ramai sangat orang tahu haha.

So dekat TWM ni yang hadir as usual... Taraaaaa



Selfie memang makanan kami.
Back to what is so sedap and best about this Resturant. Of course the FOOD.
Carbonara


Fish and Chip


Mixed Grill


Grilled Chicken Chop
Overall makan dekat sini boleh dapat **** bak kata Nora Danish.(Maharaja Lawak ada 4 bintang je kan?) Walaupun ada supervisor yang jealous malam tu but I am sure, anak didik kepada supervisor tu pasti akan buat dinner date yang special lagi MeleTop dengan SV dia nanti.

So our Saturday date ends here. But for sure it is not the end of everything. Setiap hari berdoa agar dapat terus bersama sama dengan mereka yang hebat hebat ini!

So there is Sunday! The last day for the first visit at Klang Valley. Kali ni nak dating dengan gadis manis We For You. Tak semua dapat hadir, tapi tak pe yang penting kegigihan untuk hadir. Amat teruja lg mendayu bila nampak Farahliana Abdul Rahman. Dia ni mcm ala ala Erra Fazira lah dalam WFY. Datang nun jauh dari Melaka sebab nak jumpa kami. Teharu terharu. Dan lain lain yang hadir Maisarah, Halimah, Farah Azieka memang amat mengujakan. Kalau lah se-gender memang peluk lama lama tak lepas dh!

So we meet up dekat Mid Valley. Here, dekat 1 jam jugaklah cari parking. Nak menangis dah time tu sebab hati tak sabar nak jumpa mereka dan parking tak jumpa jumpa. So masa kami sampai mereka tengah lunch. Zul and I dh kenyang brunch dengan Amy Search dekat TTDI tadi. Cuma sempat jamah ABC Mid Valley.




Then we keep planning nak buat apa sebab we do not want to waste even a single seconds together. Fahamkan masa tu lebih berharga dari emas.

So we go for




Serious cakap ini kali pertama aku tengok 6D.  Paling banyak aku tengok 3D sebab masa dulu ada belajar 3D. Tak pulak lecturer ajar 6D dalam kelas. Tak kesah lah. Yang penting isi hati dan naluri ni terisi dengan sedikit bibit keseronokan lepas 14 minggu bertungkus lumus berintern.






Kami 6 orang dan tengok cerita 6D. Sesuai sangat. Kata org tu kita orang jerit macam orang kat luar ingat kena histeria. Mesti yang next nak tengok tak jadi keruan.

Habis tu kitaorang banyak habiskan masa jalan jalan dan p kena throat reflexology. Almaklumlah dh lama tak kena urut urut ni.

Dan the best photo with them masa ni ialah gambar kat bawah ni.




Confident habis ambil gambar. Ramai orang tengok macam ANTM tengah photoshoot pulak rasanya. Tak pe yang penting kami abadikan semuanya sebagai Kenangan Terindah.

SUMPAH seronok dan best sangat jumpa mereka. Kalau tanya memang tak cukup. Selalu kitaorang spend masa berjam jam nak story ke, makan ke, gossip ke, yang ni kejap je. But cukup lah...kasi teaser sikit sikit.

Tapi seriously rindu dekat semua tinggi tinggi tau. Yang tak datang tu rindu jugak!!! next time ada lagi ok!

To all senators and wfy yang sempat hadir, thank you so much for spending your time. My first week visit to Klang Valley area mmg sumpah best sangat. Terubat la rindu lama lama tu. Kalau boleh memang nak lama lama lagi. Masakan cukup 2 hari? Tapi sumpah syukur sangat sebab kita bisa ketemu kembali.

*My next story is about my second week visit to Shah Alam after quite a loooongggg time.

Stay tuned.

CHE NUFAR SA TAMATKAN STATUS BUJANG !


Hello everyone...

Rasa kejang dan excited pulak tangan ni sebab lama dh tak menaip...
Oklah dh lama rasanya tak update blog ni.... Salah satu faktornya adalah MASA... dh merasa intern barulah tahu Masa Itu Emas... Setiap minit rasa nak rehat, tidur dan enjoy... Bukan sebab banyaknya masa...Tapi banyak sangat tak cukup masa untuk 3 perkara diatas tadi...

Btw melangkah sahaja bulan keramat Disember ini, masa ibarat tidak keruan...Banyak sangat nak cerita ni....almaklumlah nak tutup buku 2013!

Lantas terus kita ke cerita hot hujung tahun ni!

CHE NUFAR SA TAMATKAN STATUS BUJANG !

Sweet Dec Couple

Tak mahu kalah dek ZSRCW, Che NuFar Sa dan suami bertekad mengambil alih 15 Dec 2013 sebagai tarikh keramat dalam hidup. Bertemakan merah jambu ala ala pinky bride and groom berjaya menambat ribuan rakan taulan termasuk sanak saudara yang hadir. Contoh, ada sahabat tu datang jauh nun dari Ipoh dan Penang sebab nak tengok pengantin pinky yang sweeet bak kata Candy Crush.

Pertama kali melangkah masuk dewan resepsi, perasaan masa tu serious eksited dapat telur. Eh bukan pengantin perempuan yang eksited, tapi tetamu yang hadir tau. Eksited sebab you know now a days susah pergi resepsi dapat bunga telur. Selalu nye tobelerone, choki choki, cloud 9. Tapi kali ni memang mengekalkan tradisi adat melayu. Memang sesuai la dengan Nu FarSa ni yang boleh dikategorikan Perempuan Melayu Terakhir gittew.

Bunga Telur 

Sebelum tu siapa NuFar Sa ni?
Nama dalam kad pengenalan Malaysia ialah Nur Farhana Saad.... Kalau Negara lain I am not sure lah... Nama manja orang panggil Ana atau nak manja Ella lagi, org panggil Bro Ana #eh.

Ana ni aku kenal masa dalam SMF, ala nak buat biografi la pulak. Overall aku boleh cakap Ana ni salah seorang dalam top list Sahabat aku... Serious cakap sampai tahap kalau dia kahwin tak jemput pun aku akan datang...

Jadi habis je Intern 14 Dis, bergegas aku siapkan laporan sebab 15 Dis nak hantar dan 15 Dis tu pulak dia kahwin. Tak tidur aku malam tu siapkan laporan. Sebabnya kalau tak siap, habislah habislah habislah... tapi alhamdulillah Zulhilmi temankan aku malam tu. Dan esoknya 15 Dis awal awal pagi kami bangun siap siap nak ke Hulu Langat.

Kami sampai dalam tengahari dan terus isi perut. Masa tu ahli ahli Senator yang lain dh sampai... Syahira, Azly, Syimir dan Hilmi sampai awal lagi. And cuba teka siapa pengapit? The young Shah Alam lady... Miss Nur Aliyah Misri.. Both look gojes sangat...

Dan memang tidak dinafikan, majlis ini dikategorikan juga sebagai medium berjumpa semula dan pengubat rindu. Boleh dikatakan hampir 3 bulan tak jumpa mereka mereka tersayang ni dan alhamdulillah resepsi ini membuka peluang untuk kami berjumpa semula. Bukan sahaja kami, malah perjumpaan ini turut membuka ruang untuk ketemu junior junior, senior senior dan orang kuat SMF iaitu Puan Masrina dan Puan Salmah.

Yang penting di akhir cerita resepsi ini semua gembira dapat berjumpa semula bersama sama setelah sekian lama. Dan malaslah nak cerita benda benda sumbang yang berlaku sebab anggap mereka anak kecil yang bermain api. Kalau kita react jadi petrol lagi panas panas..

Dua sudah...Dua belum...


Jadi kepada adinda sahabat baik karib selama lamanya, Puan Nur Farhana Saad.

Eemir seronok dan tumpang gembira di atas kejayaan Ana dan Syafiq membina Masjid Idaman. Masa nak cedok nasi tengok hang dekat atas, ada habuk masuk mata tapi aku tahan weh. Mungkin hang banyak sangat sentimental dengan aku sampai nak bagitahu aku seronok tu nak keluar dlm bentuk air mata. Anyway Eemir doakan agar cinta dan gerbang perkahwinan ini hingga ke Jannah dan semoga ianya kekal selama lamanya...

Pengantin gojes Ana dan Syafiq.
Meja dan kerusi menjadi saksi kami berceloteh.

Riang kami buat pengantin baru. (Kilat+Hujan)


Demikian cerita menghadiri hari bahagia sahabat. Habis cerita Che NuFar Sa kahwin cerita yang bujang bujang pula akan menyusul.

Stay tuned.